Riyadhus
Shalihin adalah karya besar imam An-Nawawi yang merupakan kitab kumpulan hadits
tentang tazkiyah,adab dan akhlak ini telah memberikan manfaat dan sumbangan
luar biasa dalam tarbiyah. Riyadhus Shalihin Merupakan “ Taman “ yang indah
bagi orang sholeh dan penerang bagi orang awam. Penulis tulis ulang agar dapat
dibaca secara online, semoga bermanfaat dan dapat menjadikan kita muslim yang
lebih baik.
Ketaqwaan
Allah
Ta'ala berfirman:
"Hai
sekalian orang yang beriman, bertaqwalah engkau semua kepada Allah dengan
sebenar-benarnya ketaqwaan." (ali-lmran: 102)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Maka
bertaqwalah engkau semua
kepada Allah sekuat-kuatmu."
(at-Taghabun: 16)
Ayat ini menjelaskan
apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama.
Lagi Allah Ta'ala
berfirman:
"Hai sekalian
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan
kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab:
70)
Ayat-ayat yang
berhubungan dengan perintah bertaqwa itu banyak sekali dan dapat
dimaklumi.
Allah Ta'ala
berfirman lagi:
"Dan barangsiapa yang
bertaqwa kepada Allah
, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)
, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar - dari segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Jikalau engkau semua
bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua pembezaan
-
antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta
mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung." (al-Anfal:
29)
Ayat-ayat dalam bab
ini banyak sekali dan dapat dimaklumi. Adapun Hadis-hadisnya ialah:
69.
Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya
Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?"
Beliau s.a.w.
bersabda: "Iaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua.
Orang-orang berkata:
"Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab: "Kalau begitu ialah Nabi
Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan ini pun putera Nabiullah pula
dan ini adalah putera khalilullah - kekasih Allah yakni bahawa Nabi Yusuf itu
adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim iaitu
Khalilullah."
Orang-orang berkata
lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab pula: "Jadi tentang
orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan - pembesar-pembesar - dari bangsa
Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan di
antara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pula lah yang merupakan
orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama."
(Muttafaq 'alaih)
Lafaz Faquhuu
jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang
mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, ertinya ialah
"mengerti akan hukum-hukum syara'."
70. Kedua: Dari Abu
Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesungguhnya dunia
ini manis dan menghijau - yakni lazat dan nyaman - dan sesungguhnya Allah itu
menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat
apa-apa yang engkau lakukan. Oleh kerananya, maka takutilah harta dunia dan
takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah
yang melanda di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita."
(Riwayat Muslim)
71. Ketiga: Dari Ibnu
Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Ya Allah,
sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari
apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati." (Riwayat
Muslim)
72. Keempat: Dari Abu
Tharif, iaitu 'Adi bin Hatim Aththa'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang
bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya
lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang
dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi - memilih -ketaqwaan itu saja."
(Riwayat Muslim)
73. Kelima: Dari Abu
Umamah iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau s.a.w.
sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:
"Bertaqwalah kepada
Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu -
Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang
pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga
Tuhanmu."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
No comments:
Post a Comment