Salih di utuskan sebagai nabi kepada Bani Thamud untuk membetulkan kaumnya yang
telah mengalami keruntuhan akhlak. Kaum Thamud adalah keturunan Thamud, cucu
lelaki kepada Sam. Mereka tinggal di Wadi al-Qura dan al-Hajr antara Syria dan
Hijaz. Mereka sangat taksub dengan idola-idola mereka dan mempercayai bahawa
idola-idola tersebut memberikan mereka makanan dan hujan, menghalang mereka
daripada bahaya dan mengembalikan kesihatan mereka apabila sakit. Kumpulan ini
berkembang lebih dua abad selepas kaum 'Ad. Mereka terkenal dengan usia yang
panjang dan saiz badan yang besar. Mereka membina bangunan-bangunan yang luas
di dalam gua di pergunungan dan mencapai kekuasaan yang luas.
Penyembelihan Unta Betina
Nabi Salih A.S. dihantar oleh Allah untuk menyeru kumpulan tersebut menyembah
Allah yang satu tetapi mereka telah memekakkan telinga mereka untuk mendengar
seruan tersebut. Apabila Nabi Salih A.S. menegur tentang tuhan-tuhan mereka,
mereka berkelakuan biadap terhadap baginda. Akhirnya mereka merancang untuk
membunuh Nabi Salih A.S. Allah telah menghantar seekor unta betina sebagai tanda
amaran kepada mereka. Sekiranya mereka memindahkan unta tersebut, Allah akan
menurunkan bala ke atas mereka. Tiada yang peliknya menjadikan unta betina
sebagai tanda. Diketahui bahawa Ka'bah adalah satu bangunan yang menjadi tanda
dari Allah. Sesiapa yang cuba memusnahkannya adalah cuba membunuh dirinya. Sama
seperti Ka'bah, unta betina adalah salah satu tanda oleh Allah. Nabi Salih A.S.
meminta supaya unta itu dibenarkan untuk meragut rumput di padang dan minum di
mata air. Orang-orang yang degil telah menyembelih unta tersebut semasa ia
meragut rumput di padang ragut.
Hukuman Diturunkan Oleh Allah
Apabila mereka hendak bertindak melaksanakan rancangan mereka yang terakhir
menentang Nabi Salih A.S. Mereka telah dimusnahkan dengan hukuman Allah. Satu
bala telah menimpa dan mereka telah dimusnahkan dengan letupan gunung berapi
yang meliputi kawasan mereka dengan batu-batu. Bala yang menimpa Ban Thamud itu
amat dasyat.
Penerangan Dalam Al-Quran
Sesetengah rujukan yang berkaitan dengan Nabi Salih A.S. dan kaumnya adalah
mengikut ayat-ayat berikut.
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Thamud saudara mereka, Salih. Ia
berkata. "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu
selain Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu.
Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi
Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apapun, (yang
karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih" Dan ingatlah olehmu di
waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum
'Ad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di
tanah-tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah;
maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu maharajalela di muka bumi
membuat kerosakan. Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya
berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara
mereka: "Tahukah kamu bahawa Salih diutus (menjadi rasul) oleh Tuhannya?".
Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Salih
diutus untuk menyampaikannya" Orang-orang yang menyombongkan diri berkata:
"Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu
imani itu" Kemudian mereka sembelih unta betina itu, dan mereka berlaku
angkuh terhadap perintah Tuhan. Dan mereka berkata: "Hai Salih,
datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika (betul) kamu termasuk
orang-orang yang diutus (Allah)" Karena itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah
mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka."
(Al-'Araaf, 7: 73-78)
No comments:
Post a Comment